Image

Pembinaan idea adalah sukar bagi sesetengah orang. Antara sebab kepada permasalahan ini ialah kita tak tahu apa proses bina idea yang betul. Oleh itu, kita cuba belajar cara-cara bina idea yang digunakan oleh mereka yang berjaya.

Antara individu yang paling berpengaruh dalam dunia pengiklanan ialah James Webb Young, pemenang anugerah “Advertising Man of The Year” pada tahun 1946.

Pada tahun 1940, beliau kongsikan cara beliau bina idea dalam buku A Technique for Producing Ideas

Image
James Webb Young

Dua prinsip idea

Beliau mulakan dengan dua prinsip idea,

1) Tiada yang baru di bawah matahari. Idea ialah kombinasi elemen – elemen lama atau yang sudah wujud.

2) Kebolehan untuk lihat potensi gabungan antara elemen-elemen bergantung kepada kebolehan seseorang untuk lihat hubungan.

Beliau berpendapat ada golongan yang lihat setiap pengetahuan sebagai ilmu-ilmu yang terpisah, tiada hubungan antara pengetahuan-pengetahuan tersebut.

Tapi bagi beliau, setiap pengetahuan berkait antara satu sama lain. Ini apa yg beliau sendiri nampak dalam bidang pengiklanan. Bidang pengiklanan berkait rapat dengan pengetahuan tentang psikiatri misalnya, tingkah laku manusia dan lain-lain

5 langkah bina idea

Memahami dua prinsip ini, beliau tulis pembinaan idea seharusnya melalui 5 langkah:

1. Kumpulkan bahan

Bahan apa yang perlu dikumpulkan?

Dua bahan, ilmu spesifik dan ilmu umum.

Beliau percaya idea ialah kombinasi baru antara ilmu spesifik dan ilmu umum. Mengambil contoh dari bidang pengiklanan, ilmu spesifik ialah pengetahuan tentang produk dan individu yang kita sasarkan

Ilmu umum pula misalnya tingkah laku manusia, atau apa – apa yang tidak berkenaan dgn ilmu spesifik dlm satu bidang, misalnya seni moden atau adat pengebumian Mesir.

Kemudian kita perlu simpan ilmu – ilmu ini.

Penulis beri dua cara beliau gunakan,

1) beliau gunakan kad putih 3×5 untuk tulis apa – apa ilmu spesifik yang beliau terima. Kemudian beliau akan susun ikut subjek. Bila dikumpul lama – lama kita akan ada sekotak kad yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

2) guna buka scrap atau fail untuk simpan ilmu – ilmu umum. Cara-cara ini sama seperti Zettlekasten atau otak kedua.

Perlu difahami buku ini ditulis pada tahun 1940. Kita sekarang ada banyak alat yang boleh digunakan, misalnya Notion atau Evernote. Ada yang gunakan telegram sebagai alat untuk otak kedua

2. Cuba gabungkan idea – idea yang kita dah kumpul

Ambil dua atau lebih bahan yang ada kemudian cuba gabungkan, cipta sintesis.

Pada tahap ini, dua perkara akan berlaku,

i) kita akan dapat idea separa lengkap

Tulis idea ini tak kisahlah betapa gila atau tak lengkapnya idea tersebut atas kertas atau dalam kad putih 3×5 tadi. Ini adalah bayangan awal untuk idea sebenar yang kita akan terima kemudian.

ii) Kita akan rasa penat

Beliau beri nasihat untuk tak berhenti terlalu awal

Cuba dua sesi bina idea sekurang-kurangnya untuk dapatkan idea yg boleh ditulis atas kertas. Tak lama kemudian kita akan sampai ke tahap putus asa. Sampai je ke tahap ini, kita pergi ke langkah seterusnya.

3. Rehat

Lupakan apa – apa tentang pembinaan idea

Buat kerja yang merangsang imaginasi dan emosi kita, dengar lagu, tengok filem dan lain – lain. Ada juga yang tidur.

Sekarang kalau kita betul – betul buat langkah 1, 2 dan 3 ni, langkah 4 akan berlaku.

4. Secara tiba-tiba idea akan datang

Idea akan datang pada waktu yang tidak dijangka, masa kita baru bangun tidur, semasa mandi atau lain-lain.

Bagi beliau, cara inilah bagaimana idea dibina, kita kerja keras pada mulanya, kemudian kita rehat, idea akan datang kemudian.

Cara ini nampak pelik, macam kita mengharap idea jatuh dari langit.

Tapi cara ini sebenarnya sudah dibuktikan melalui sains, melalui perbezaan “focused mind dan diffused mind”

Setelah kita dapat idea, kita akan gerak ke langkah seterusnya:

5. Tukarkan idea tersebut kepada kegunaan praktikal

Kita akan perasan idea kita taklah sebagus mana yang kita fikir

Idea yang bagus menurut penulis ialah idea yang ada potensi untuk dikembangkan lagi. Idea tersebut juga merangsang orang lain untuk tambah benda baru kepada idea tersebut.

5 langkah berkesan dalam pembinaan idea

1. Kumpulkan bahan
2. Gabungkan bahan-bahan yang ada
3. Rehat
4. Idea mula muncul (tahap Eureka!)
5. Sunting idea sehingga idea tersebut praktikal

Sumber: A Technique for Producing Ideas, James Webb Young

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *