Pernah tak korang dapat jawapan atau idea yang banyak lepas jalan atau dalam bilik mandi?
Kenapa ini berlaku dan macammana nak gunakannya sebagai alat bina idea?
Dua mod berfikir
Otak kita gunakan dua mod berfikir pada waktu-waktu berbeza,
1) mod berfikir yang berfokus, pemikiran berfokus (focused thinking)
2) mod berfikir yang lebih tenang, pemikiran tersebar (diffuse thinking)
Kita tak gunakan dua mod berfikir ini pada waktu yang sama. Jika kita dalam pemikiran berfokus, kita tak berada dalam pemikiran tersebar.
Analogi Pinball
Penulis Barbara Oakley gunakan pinball sebagai metafor untuk bezakan dua mod berfikir ini.
Kita mula berfikir bila kita fokus kepada sesuatu contohnya ayat dalam buku, soalan matematik atau lain – lain.
Pemikiran itu ditembak dan langgar idea-idea yang sudah tersedia dalam otak. Kita mula dengan mod fokus. Kalau perhatikan gambar kiri, bila kita fokus, kita hanya fokus pada sebahagian kawasan dalam otak.
Tapi, idea yang berkaitan dengan pemikiran kita berada di tempat lain (perhatikan garisan hitam). Bila kita masuk ke pemikiran tersebar, pemikiran kita mula pergi ke kawasan-kawasan berbeza dalam otak, memudahkan ia capai ke idea yang berkaitan dengan pemikiran kita.
Pemikiran tersebar bantu kita untuk lihat sesuatu masalah dengan cara yang baru dan gabungkan pemikiran yang baru itu dengan idea yang sudah ada dalam otak.
Satu lagi analogi penulis guna ialah proses bina dinding batu bata.
Gunakan mod fokus adalah seperti susun batu, bekerja dalam mod tersebar pula bagaikan sambungkan batu tersebut menggunakan mortar.
Kita perlukan pemikiran berfokus untuk mulakan proses berfikir, kemudian kita masuk dalam pemikiran tersebar untuk cantumkan pemikiran tersebut dengan idea-idea yang sudah ada dalam otak.
Bagaimana nak masuk dalam pemikiran tersebar?
Cara masuk ke dalam pemikiran tersebar ialah dengan tidak fokus kepada sesuatu hal buat sementara waktu, menggunakan gangguan atau rehat.
Dalam satu reruang twitter tentang “freelance writing”, @mohdkautharr ada kongsi cara beliau menulis.
Satu, jalan bila tersangkut semasa menulis.
Dua, ambil masa sehari sebelum lengkapkan penulisan.
Cara-cara ini juga digunakan oleh pemikir-pemikir hebat dalam sejarah.
Howard Gruber cadangkan tiga B, bed, bath or bus. Berjalan digunakan oleh pemikir hebat dalam bidang-bidang yang berbeza, misalnya Jane Austen, Charles Dickens, Alexander Williamson dan lain-lain.
Thomas Edison dan Salvador Dali pula gunakan tidur sebagai alat untuk dapat idea.
Selain tu, beberapa hari lepas @nadeemramli ada tunjuk cara beliau gunakan masa rehat selepas menyiapkan satu tugas.
Selain dari bantu dalam pembinaan tabiat melalui ganjaran, aktiviti seperti ini juga mampu bawa kita masuk ke pemikiran tersebar.
Penulis senaraikan cara-cara untuk masuk ke pemikiran tersebar sebagai ganjaran selepas berada dalam pemikiran berfokus:
Petanda dan had masa untuk pemikiran tersebar
Petanda untuk kita masuk ke pemikiran tersebar: bila kita mula marah atau kecewa.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk kita berada dalam pemikiran berfokus untuk terima kesan positif?
Beberapa jam tapi tak lebih dari sehari.
Sumber: A Mind of Numbers, Barbara Oakley