Kalau kita kaji mereka yang kaya dan berjaya, kaedah-kaedah yang mereka guna, mampu atau tidak kita jumpa satu formula kekayaan yang semua orang boleh ikut?

Jim Paul, seorang trader, cuba jawap soalan ini. Apa yang beliau jumpa?

Tentang Jim Paul

Jim Paul merupakan seorang pedagang (trader) yang berjaya sebelum beliau hilang segala-galanya dalam satu perdagangan.

Daripada kegagalan ini, beliau mula faham kejayaan beliau selama ini hanyalah disebabkan nasib baik dan bukanlah disebabkan kemahiran beliau. 

Ini kerana beliau sendiri pun tidak tahu bagaimana atau kenapa beliau boleh berjaya. Beliau tidak ada formula untuk kejayaan beliau.

Jadi beliau mula cari formula kekayaan dengan mengkaji mereka yang berjaya.

Formula kekayaan

Pertama sekali, beliau mula cari, mana satu yang lebih bagus, jadi individu yang pentingkan fundamental atau teknikal?

Beliau dapati mereka yg berjaya berbeza pendapat tentang hal ini.

Okay, mungkin fundamental atau teknikal tak berapa penting dalam perjalanan menjadi kaya.

Kemudian beliau fikir, mungkin pelbagaikan aset pelaburan ialah jalan yang betul?

Itu yang sepatutnya paling asas kan?

Tapi beliau jumpa beberapa orang berjaya, termasuklah Warren Buffett berbeza pendapat tentang hal ini.

Okay, mungkin mereka yang ada telur dalam satu bakul pun boleh berjaya kalau mereka perhatikan betul-betul bakul tersebut.

Beliau mula fikir, mungkin topik yang beliau cari terlampau luas.

Mungkin mereka yang berjaya mempunyai pendapat yang sama dalam bahagian yang lebih teknikal. 

Tapi semakin lama beliau cari,

semakin banyak beliau lihat kontradiksi pendapat antara mereka yang berjaya.

Mungkin, tiada rahsia atau formula untuk kekayaan?

Mungkin semua yang berjaya mempunyai jalan mereka yang berlainan, tiada langsung yang sama?

Kalau tiru cara orang kaya sepatutnya jadikan kita kaya, jadi tiada siapa pun dari mereka di atas yang sepatutnya jadi kaya.

Ini kerana mereka tidak tiru satu sama lain, mereka berlainan pendapat dalam beberapa hal. 

Jadi beliau mula fikir, mungkin, soalan yang beliau tanya ialah soalan yang salah.

Bagaimana seseorang boleh jadi kaya?

Satu, dengan berjaya cipta harta
Dua, dengan mengelakkan kerugian

Mungkin beliau patut fahamkan lebih tentang kerugian.

Tentang Kerugian

Dalam pencarian beliau tentang kerugian,

beliau mula jumpa simetri pendapat,

satu formula yang mereka semua gunakan.

Beliau mula faham. Mereka yang berjaya boleh cipta kekayaan dalam cara yang berbeza kerana bila seseorang berjaya dengan menggunakan satu cara, mereka yang gunakan cara lain pula akan gagal.

Ada lebih dari satu cara untuk buat duit. Tapi apa yang membezakan mereka dari orang lain ialah berapa banyak kerugian yang menimpa mereka, berapa terdedah mereka kepada potensi kerugian.

Bak kata Jim Paul sendiri, “The pros consider it their primary responsibility not to lose money”

Inilah formula mereka.

Focus on the downside, and the upside will take care of itself. 

Sumber: What I Learned Losing A Million Dollars, Jim Paul 

0 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *