File:Canaletto - Bucentaur's return to the pier by the Palazzo Ducale - Google Art Project.jpg

Robert Maurer dalam buku beliau, One Small Step Can Change Your Life: The Kaizen Way, ada tulis tentang kepentingan melakukan tindakan kecil berbanding tindakan besar.

Kenapa?

Kerana tindakan besar akan nyalakan reaksi lawan atau lari dalam otak melalui amygdala.

Image
Robert Maurer – One Small Step Can Change Your Life

Bila reaksi lawan atau lari terjadi, apa yang kita akan buat? Kita terus berhenti dari melakukan sebarang aktiviti.

Satu lagi sebab kenapa perbuatan kecil lebih penting ialah tenaga yang digunakan lebih kecil berbanding perbuatan besar.

Kita sebagai manusia memang sentiasa akan pilih jalan yang paling mudah, ini dipanggil “Law of Least Effort”.

James Clear dalam buku beliau, Atomic Habits ada tulis, bila diberi pilihan antara tugas-tugas yang kita boleh lakukan, kita akan sentiasa pilih tugas yang paling tak memenatkan.

Image
Atomic Habits – James Clear

Memahami permasalahan ini, tindakan kecil lebih berikan manfaat dari tindakan yang besar. Makin lama kita konsisten buat perbuatan kecil, akhirnya ia akan jadi satu tabiat. Ada satu saat yang kita rasa lebih susah untuk tak buat sesuatu aktiviti tu dari buat.

Image
One Small Steps Can Change Your Life – Robert Maurer

Kata kuncinya ialah konsistensi, ini bawa kepada satu idea yang penting.

Dalam kisah Arnab dan Kura-Kura, kita semua tahu pengakhiran kisahnya. Walaupun kura-kura berjalan lebih perlahan, tapi akhirnya kura-kura yang memenangi perlumbaan menentang si arnab.

Tapi kenapa kura-kura menang? Adakah sebab perlahannya kura-kura? Tak, kan? Kura-kura menang sebab dalam perlumbaan tersebut arnab berhenti. Kura-kura pula terus berjalan sampai ke jalan penamat.

Apa yang penting adalah konsistensi. Kita buat perbuatan kecil untuk permudahkan kita konsisten.

Kejayaan dan kagagalan ni, bagi Jeff Olson, penulis buku The Slight Edge, tak dramatik. Ianya halus. Perbuatan kita hari ini kesannya mungkin tak signifikan, tapi jika kita konsisten, kesannya mungkin lebih dari apa yang kita sangka.

Baca 10 muka surat buku yang bagus hari ini mungkin tak banyak beri kesan, tapi 10 muka surat setiap hari selama setahun?

Jadi lebih bagus dari semalam sebanyak 1% mungkin nampak kecil, tapi dalam masa setahun?

Apabila kita berjaya konsisten dalam melakukan sesuatu, kita akan merasai kesan “compound effect” Selalunya kita dengar istilah ini dalam kewangan, tapi kesan ini juga boleh diaplikasikan dalam hidup.

Harap ilmu ini dapat membantu diri anda dan saya.

Sumber:
One Small Step Can Change Your Life, Robert Maurer
Atomic Habits, James Clear
The Slight Edge, Jeff Olson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *