Kenapa kita selalu tanya soalan yang salah? Antara penyebabnya ialah kita tidak dapat bezakan strategi dan taktik.

Cabaran 5 dollar

Untuk bezakan antara strategi dan taktik, pakar kreativiti, Tina Seelig, gunakan apa yang beliau panggil “cabaran lima dollar”.

Beliau arahkan pelajar- pelajar untuk buat kumpulan. Kemudian, setiap kumpulan diberikan 5 dollar. Beliau arahkan setiap kumpulan untuk cari cara dapatkan wang sebanyak mungkin dalam masa 2 jam, kemudian bentangkan cara mereka kepada kelas.

Kalau anda antara pelajar tersebut, apa yang anda akan buat?

Antara jawapan biasa pelajar beri ialah gunakan 5 dollar tersebut untuk sediakan bisnes cuci kereta atau jual air. Ada yang gunakan 5 dollar tersebut untuk beli loteri. Kumpulan pelajar yang gunakan cara tersebut selalunya kumpulkan jumlah wang yang rendah.

Kumpulan yang berjaya kumpulkan wang yang banyak tak fokus langsung pada 5 dollar tersebut. Mereka faham yang 5 dollar hanyalah gangguan kepada misi sebenar. Ada kumpulan yang tempah meja di restoran kemudian jual selepas dua jam.

Kumpulan yang kumpulkan wang terbanyak faham yang 5 dollar dan 2 jam bukan nilai terbesar yg mereka ada. Nilai terbesar mereka ada ialah pembentangan 3 minit mereka kepada kelas. Jadi mereka hubungi syarikat-syarikat yang berminat untuk ambil pelajar Stanford bekerja untuk lakukan pembentangan 3 minit tentang tawaran kerja mereka kepada kelas. Mereka jual sesi 3 minit tersebut kepada sebuah syarikat dengan jumlah $650

Bezakan strategi dan taktik

Strategi = Rancangan untuk capai objektif

Taktik = Tindakan yang diambil untuk melaksanakan strategi

Antara kesilapan yang biasa dilakukan ialah kita pentingkan taktik lebih dari strategi.

Bila diberi 5 dollar, pelajar fokus lebih kepada 5 dollar (taktik: alat yg ada untuk capai strategi) berbanding misi untuk dapat jumlah wang terbanyak (strategi)

“We often lose sight of the strategy, fixate on the tactics and the tools, and become dependent on them.

Just because a hammer is sitting in front of you doesn’t mean it’s the right tool for the job”

— Ozan Varol

Sumber: Think Like a Rocket Scientist, Ozan Varol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *